KUALA LUMPUR, 6 JUN: Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong terpaksa melupakan hasratnya untuk terus beraksi di pentas kompetitif selepas disahkan mengalami kecederaan serius pada ligamen krusiat anterior (ACL) yang memaksanya berehat panjang dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan.
KUALA LUMPUR, 14 FEB: Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yon kembali menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, sejak minggu lepas dan dijangka membuat kemunculan semula pada April ini.
KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Status pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong kembali mencetuskan resah apabila dikhabarkan mungkin tidak dapat bersama skuad negara ke Piala Thomas 2024 di Chengdu, China pada 27 April hingga 5 Mei ini.
KUALA LUMPUR, 11 APRIL: Teka teki di sebalik penyertaan pemain profesional negara Lee Zii Jia, ke dalam skuad Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, bakal diketahui esok.
SHAH ALAM, 3 MAC: Modul latihan yang ‘keras’ mungkin menjadi antara punca kecederaan belakang yang dialami pemain perseorangan negara Ng Tze Yong, sekali gus merisikokan peluangnya untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
KUALA LUMPUR, 20 FEB: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 12 JAN: Pemain badminton perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong, didapati mengalami kecederaan koyak otot di bahagian belakang, selepas menjalani pemeriksaan di Institut Sukan Negara (ISN) hari ini.
KUALA LUMPUR, 5 JAN: Peminat badminton tanah air dijangka dapat melihat Ng Tze Yong yang lebih mantap pada saingan Terbuka Malaysia 2024 bermula Selasa ini di Axiata Arena, selepas pemain perseorangan lelaki itu menerima sentuhan bekas jurulatih fizikal Datuk Lee Chong Wei, Mohd Rosdi Abd Ghani.
KUALA LUMPUR, 1 DIS: Pemain badminton perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong mengubah regim latihan yang lebih intensif dalam usaha memperbaiki prestasinya untuk menghadapi kejohanan badminton musim depan.
KUALA LUMPUR, 27 NOV: Jurulatih perseorangan lelaki negara Hendrawan komited untuk bekerjasama dengan Ng Tze Yong bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.
KUALA LUMPUR, 29 OKT: Pemain badminton perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong masih terus gagal menundukkan pemain China Li Shi Feng dalam pertembungan mereka sehingga kini, dengan yang terbaru kemaraan beliau disekat oleh Shi Feng dalam saingan separuh akhir Terbuka Perancis 2023 di Rennes, Sabtu.
KUALA LUMPUR, 26 OKT: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berjaya melangkah ke pentas suku akhir Terbuka Perancis selepas menyingkirkan pencabar tuan rumah, Arnaud Merkle pada pusingan kedua di Rennes, hari ini.
KUALA LUMPUR, 14 OKT: Dua pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong meneruskan aksi cemerlang di kejohanan badminton Terbuka Artik 2023 di Vantaa, Finland apabila masing-masing memenangi perlawanan separuh akhir malam ini untuk melangkah ke final.
Daripada Vikneswaran Raman HANGZHOU, 3 OKT: Pemain badminton perseorangan negara Ng Tze Yong mengejutkan bekas Juara Dunia Loh Kean Yew dari Singapura dalam perlawanan pusingan kedua Sukan Asia di Gimnasium Binjiang di sini hari ini. Pemain berusia 23 tahun itu dengan tenang menguasai...
KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Pemain peseorangan negara, Ng Tze Yong berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas mencipta kejutan ke atas bekas juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura pada pusingan pertama Terbuka Jepun 2023 di Tokyo, hari ini.
KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Cabaran Malaysia pada kejohanan badminton Terbuka Korea 2023 terhenti di pusingan suku akhir apabila dua wakil terakhir negara ditunjukkan jalan keluar.
KUALA LUMPUR, 17 MAC: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mencipta sensasi tersendiri apabila menyingkirkan penyandang juara All England, Viktor Axelsen, pada saingan pusingan kedua di Birmingham, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 25 JAN: Perseorangan lelaki utama negara Ng Tze Yong melepasi halangan pusingan pertama Kejohanan Masters Indonesia selepas menewaskan pemain Denmark, Hans Kristian Vittinghus di Istora Senayan, Jakarta hari ini.
KUALA LUMPUR, 8 JAN: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia kini berada dalam landasan terbaik untuk menampilkan prestasi cemerlang selepas mengesahkan dirinya bebas kecederaan untuk beraksi di Terbuka Malaysia 2023 yang akan membuka tirai di Axiata Arena, Bukit Jalil, Selasa ini (10 Jan).
KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Perjuangan pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong, berakhir seawal pusingan kedua di Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun hari ini.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.